MIRI: Hasrat seorang pemuda menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan ngeri di Jalan Miri-Bintulu, awal pagi kelmarin.
Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebelum bertembung dengan kereta dipandu seorang bapa kepada empat anak.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta serta keempat-keempat anaknya hanya cedera ringan.

Menurut jurucakap polis, mangsa bekerja di Tekun Nasional di Kuching dikatakan dalam perjalanan ke kampungnya selepas pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 5 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika hujan renyai dan mangsa dipercayai cuba memotong sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Posted at 12:58 PM | Permalink