Orang ramai kini boleh memperbaharui lesen memandu mereka secara online di Internet tanpa perlu ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pejabat Pos.Perkhidmatan itu diperkenalkan oleh sebuah syarikat perkhidmatan elektronik, MyEG.Services Berhad, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan semakan status saman trafik untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sebanyak 16 kios telah disediakan bagi tujuan tersebut dengan sebahagian besarnya terdapat di bangunan kedai di sekitar Lembah Klang. Caj sebanyak RM2 dikenakan dan orang ramai perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan sistem tersebut. Orang ramai juga boleh menggunakan perkhidmatan lain antaranya kemudahan makluman tamat tempoh lesen secara percuma dan membayar saman JPJ melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sebagai permulaan, kaedah bayaran yang digunakan adalah menerusi kad kredit. Tidak lama lagi, kita akan mula gunakan kaedah e-debit bagi memudahkan sistem ini digunakan.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini sila layari laman web www.myeg. com.my dan slip permohonan memperbaharui lesen akan dihantar terus ke alamat rumah atau pejabat mereka.

Posted at 7:47 PM | Permalink